






HENTIAN PUDING SUNGAI BESAR KINI DI LOKASI BAHARU
Dimaklumkan bahawa Hentian Puding Sungai Besar (tepi jalan besar berhadapan Hotel KOMPIT) telah berpindah ke premis baharu yang lebih selesa dan strategik di Pekan Sungai Besar, berhadapan KFC Sungai Besar.
Kini pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan lauk panas menu makan tengah hari seawal jam 9.00 pagi setiap hari. Sesuai untuk mereka yang ingin menikmati hidangan awal dengan citarasa masakan kampung dan menu panas yang menyelerakan. Bermula jam 2.00 petang hingga 10.00 malam pula pelbagai aneka masakan panas seperti Nasi Goreng, Mee Goreng, Set Siakap, Set Tomyam , Shellout dan banyak lagi sudah tersedia untuk tempahan.
Hidangan disediakan sehingga malam bagi memenuhi keperluan pelanggan sepanjang hari.
Alamat Baharu:
PT 1585, Jalan Bunga Kenanga, Medan Sungai Besar, Selangor
(Berhadapan KFC Sungai Besar dan berdekatan Hentian Bas Sungai Besar Sentral)
Hubungi Kami:
Mistinah Rasmu
010-510 1550